Saturday 7 December 2013

Tugasan MS ACCESS


PANGKALAN  DATA

1. DEFINISI
1.1 Pangkalan data merupakan himpunan data-data yang berkaitan dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi Sistem pangkalan data ( SPPD) adalah satu sistem yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengkemaskini, mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Sumber
http://www.slideshare.net/shakinahumar91/pengenalan-kepada-pangkalan-data-bab1

Friday 29 November 2013

Lemang

Cara Membuat Lemang
  Hari ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat lemang. Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya. Membuat lemang tidak susah mana pun. Di kampung
buluh lemang boleh dicari di hutan belukar, ladang getah atau di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat masak. Jadi,buluh yang terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yang tidak terlampau tua.

Kepalaku Pening

Tanggal 24 hb Mac(Ahad ) hari ini kepalaku terasa amat pening kerana cuaca yang begitu panas. Semenjak beberapa hari yang lalu aku juga merasa pening. Kepalaku menjadi pening mungkin kerana kesan ubat bius yang telah diberikan kepada aku tempoh hari belun lagi habis. Sebenarnya tiga hari yang lalu aku telah menjalani rawatan mata (laser).
         Kesan daripada rawatan mataku ini menyebabkan aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan baik dan sempurna. Malahan pergerakkan harianku juga terbatas. Aku tidak boleh berada di tempat panas terlalu lama. Apatah lagi untuk aku menggunakan komputer, cahaya dari skrin komputer begitu menyilaukan pandangan mataku. Untuk menyiapkan tugasan yang diberikan  walaupun sedikit tetapi memerlukan masa yang agak lama. Mataku akan terasa pedih dan airmata akan keluar tapi hanya sedikit sahaja.