Friday, 29 November 2013

Kepalaku Pening

Tanggal 24 hb Mac(Ahad ) hari ini kepalaku terasa amat pening kerana cuaca yang begitu panas. Semenjak beberapa hari yang lalu aku juga merasa pening. Kepalaku menjadi pening mungkin kerana kesan ubat bius yang telah diberikan kepada aku tempoh hari belun lagi habis. Sebenarnya tiga hari yang lalu aku telah menjalani rawatan mata (laser).
         Kesan daripada rawatan mataku ini menyebabkan aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan baik dan sempurna. Malahan pergerakkan harianku juga terbatas. Aku tidak boleh berada di tempat panas terlalu lama. Apatah lagi untuk aku menggunakan komputer, cahaya dari skrin komputer begitu menyilaukan pandangan mataku. Untuk menyiapkan tugasan yang diberikan  walaupun sedikit tetapi memerlukan masa yang agak lama. Mataku akan terasa pedih dan airmata akan keluar tapi hanya sedikit sahaja.
         Bagi mengurangkan sakit dan pening kepalaku ini, aku telah dibekalkan ubat penahan sakit dan juga panadol. Tiap-tiap malam aku akan menelan ubat-ubat yang telah dibekalkan. Aku tak tahu sampai bilakah pening kepalaku ini akan hilang. Tambahan pula sekarang aku sedang menjalani Kursus Perguruan di sebuah Maktab di Kuala Terengganu. Bermula pagi sampai ke petang cuaca begitu panas, jadi keadaan cuaca panas ini juga menambahkan lagi rasa kesakitan di mata dan pening semakin menjadi-jadi. Bagi mengatasi masalah silau aku telah mengenakan cermin mata hitam. Berkaca hitam ini bukan bererti aku tukar imej tetapi sekadar untuk menjaga mataku agar dapat berfungsi dengan baik.



    






        

No comments:

Post a Comment