Saturday, 7 December 2013

Tugasan MS ACCESS


PANGKALAN  DATA

1. DEFINISI
1.1 Pangkalan data merupakan himpunan data-data yang berkaitan dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi Sistem pangkalan data ( SPPD) adalah satu sistem yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengkemaskini, mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Sumber
http://www.slideshare.net/shakinahumar91/pengenalan-kepada-pangkalan-data-bab1

1.2 Pangkalan Data  merupakan satu sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.
Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
Pangkalan Data Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa execution.PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.

Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkalan_data

2.FUNGSI-FUNGSI / KEGUNAAN PANGKALAN DATA
  Penyimpanan, Capaian Dan Kemaskini
    Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan, capaian dan pengemaskinian data dalam pangkalan data

     Menyediakan Katalog Percuma
 Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan suatu katalog yang mengandungi maklumat tentang data dan katalog yang boleh dicapai oleh pengguna.

     Menyokong Transaksi
Transaksi adalah suatu unit kerja yang mengandungi beberapa arahan pengemaskinian terhadap data.

Kawalan Keserentakan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) memastikan pangkalan data dikemaskini dengan tepat jika ramai pengguna mengemaskinikan pangkalan data secara serentak

Pemulihan Daripada Kegagalan Sistem
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan kemudahan untuk memulihkan pangkalan data apabila berlaku kerosakan

      Hak Kuasa
Kemudahan ini untuk memastikan orang yang berhak sahaja dibenarkan untuk memcapai data

       Perkhidmatan Integriti
Perubahan data mesti mengikut kekangan atau syarat yang telah ditentukan. Kemudahan ini adalah untuk menjaga ketetapan data

.    Perkhidmatan Utiliti
Kemudahan yang disediakan untuk menyelenggara pangkalan data melalui penyuntingan data, penghapusan rekod, membina fail-fail baru dan sebagainya

Sumber
http://kamicikguit.blogspot.com/2012/12/kelebihan-pangkalan-data.htm

2.1  Penggunaan Pangkalan Data dalam Bank dan Institusi Kewangan
Pemprosesan data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap, pinjaman, pelaburan, analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi organisasi-organisasi kewangan. Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan berulangan. Penggunaannya dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan wang secara elektronik
       Contohnya sebuah bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh negara dan juga di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan sebagainya. Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan memasukkan nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian. Ternyatalah tujuan utama penggunaan Pangkalan Data dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap.




Menggunakan sistem pengeluaran dan penyimpanan  wang secara online. Sistem ini memudahkan pengguna untuk menyimpan dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa yang diperlukan. Penggunaan sistem ini boleh dilakukan tanpa mengira masa dan waktu jika diperlukan.

Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysia
2.2  Penggunaan Pangkalan Data Dalam Bidang Pendidikan
Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, Pangkalan Data mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan data-data dan sumber maklumat lain yang berkaitan, contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh Pangkalan Data dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran.

       Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh sistem tersebut. Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan pelbagai lagi tugas-tugas yang berkaitan dengan Data dapat dilaksanakan dengan mudah. Oleh itu Pangkalan Data kini sangat dititikberatkan dalam pelbagai bidang dan hampir kesemua Organisasi-organisasi mengunakannya

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
Klik untuk Daftar Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sumber
http://maribinablog.blogspot.com/2013/06/daftar-dan-semak-online-saps-sistem.html




  
3.FUNGSI
3.1. Jadual (Table)
Digunakan untuk menyimpan data seperti nama,tempat dan harga.Merupakan elemen asas dalam pangkalan data.Kombinasi beberapa medan ( field) membentuk rekod ( records) yang memberi maklumat yang berkaitan.
3.2. Borang (Form)
 Borang digunakan untuk memaparkan data dalam bentuk interaktif yang kemas dan menarik.Selain itu,borang juga boleh digunakan untuk mencari,menghapus,menambah dan mengemaskini data
3.3. Laporan (Report)
   Digunakan untuk memaparkan atau menghasilkan laporan yang menarik
.3.4. Pertanyaan (Query)
  Digunakan untuk mencari data yang terdapat di dalam sesuatu pangkalan data dengan kadar yang segera dan mudah.

Sumber:
www.slideshare.net/apai_09/7150099-nota-access-1711592

4.CARA PENGGUNAKAN MS ACCESS
 4.1 Table.
       Digunakan untuk menyimpan data


                                                                 
 Langkah-langkah membuat tabel dalam Microsoft Access 2002/2003:
1.  Jalankan atau buka program aplikasi Microsoft Access pada komputer anda.
2. Pada menu bar klik menu Insert lalu pilih Table, maka akan muncul window New Tabel 
3.Pilih Design View, lalu klik OK
4.Akan muncul  box table seperti gambar berikut
                                                                           
Sumber
http://www.ilmusoftware.com/2009/08/membuat-tabel-pada-microsoft-access.html

4.2 Form
  Digunakan untuk frontend aplikasi. Biasanya untuk menampilkan data,  menambah data dan lain-lain.            Borang (Forms):
- Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan, atau melihat data. Bentuk yang telah dibina itu juga boleh dicetak untuk kegunaan tujuan lain.
                                                                                                                                                                                                                                                         Langkah-langkah membuat form dalam MS Access
Cara nak buat borang pula adalah;
1. Klik CREATE
2. klik MORE FORM
3. klik FORM WIZARD
4. kemudian akan terpapar gambar seperti di bawah dan ambil item pada Available fields dan klik pada anak panak ke kanan untuk masukkan data ke kotak Selected fields.

Langkah 5 :
Kemudian klik NEXT
 pilih layout kemudian NEXT,
 pilih STYLE kemudian NEXT tulis title contoh (Borang)         
  Langkah-langkah membuat form dalam MS Access
Cara nak buat borang pula adalah;
1. Klik CREATE
2. klik MORE FORM
3. klik FORM WIZARD
4. kemudian akan terpapar gambar seperti di bawah dan ambil item pada Available fields dan klik pada anak panak ke kanan untuk masukkan data ke kotak Selected fields.


4.3 Query   
 Digunakan untuk memanipulasi data

         
Langkah-langkah membuat query dalam MS Accesss
  1. Klik CREATE dan pilih QUERY WIZARD 
2. Pilih pilihan atau jenis Query yang disukai kemudian klik OK. 
3. Contoh; subjek "subjek sains" 
4. Table peribadi masukkan kekotak sebelahnya item seperti ID,NAMA,IC, dan ALAMAT 

Carian (Query):
- Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pangkalan data, sama ada tentang nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan yang terbaik.


4.4 Report
      Digunakan untuk membuat laporan
.

                                                                                                                            
Laporan (Report):
- Merupakan laporan pangkalan data dalam bentuk cetakan.
Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu.

Sumber
http://cikgufairus.blogspot.com/2009/04/asas-penggunaan-microsoft-office-access.html                                          

KESIMPULAN
Penggunaan Microsoft Access merupakan satu cara atau kaedah yang telah digunakan oleh pengguna komputer, di mana semua maklumat dan data yang penting dapat disimpan serta direkodkan dengan sebaik-baiknya. Segala maklumat yang disimpan di dalam Microsoft Access dapat diperolehi dengan cepat dan pantas. Dengan menggunakan Microsoft Access ini juga, segala urusan perniagaan dan pembelajaran  dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna. Disamping itu juga pengguna dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kos perbelanjaan, kerana semua maklumat yang penting dan mustahak dapat disimpan dengan baik serta mudah dilakukan penambahbaikan .




No comments:

Post a Comment