Hari ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat lemang. Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya. Membuat lemang tidak susah mana pun. Di kampung
buluh lemang boleh dicari di hutan belukar, ladang getah atau di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat masak. Jadi,buluh yang terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yang tidak terlampau tua.